Saudara kita Mohd Farquar Bin Azman akan melangsungkan perkahwinannya pada 8 Ogos 2009. Saya mengambil kesempatan disini untuk mewakili saudara Farquar bagi menjemput saudara semua ke majlis kenduri kesyukuran beliau sempaena perkahwinannya pada tarikh tersebut di Shah Alam. Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga. Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu. Namun, andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlah kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku. Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaNya, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. Sajak Aminah Qutb kepada suaminya Isteri.... Dia yang diambil dari tulang rusuk. Jika Tuhan mempersatukan dua orang yang berlawanan sifatnya, maka itu akan menjadi saling melengkapi. Dialah penolongmu yang sepadan, bukan teman berlawan yang sepadan. Ketika pertandingan dimulai, dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu Tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas darimu. Dialah yang akan menutupi kekuranganmu. Perasaannya terhadap keluarganya, akan menjadi sebahagian dari perasaanmu juga... Karena kau dan dia adalah satu.... Dia adalah dirimu yang tak ada sebelumnya. Ketika pertandingan hendak dimulakan, pastikan dia ada di sisi bersama-sama denganmu.
Tahniah buat saudara Farquar....sedikit bingkisan buat beliau & pembaca sekaliano0o | Buat seorang Suami
o0o | Buat Seorang Isteri
Isteri.....
Dia ada untuk melengkapi yang tak ada dalam laki-laki : perasaan, emosi, kelemahlembutan, keindahan, kecantikan, rahim untuk melahirkan, mengurusi hal-hal rumahtangga...sedangkan lelaki tidak mengerti hal-hal itu. Dialah yang akan menyelesaikannya...sehingga tanpa kau sedari ketika kau menjalani sisa hidupmu... kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya di sisimu.
Jika ada makhluk yang sangat berlawanan dengan lelaki, itulah perempuan dan dialah isteri.
Jika ada makhluk yang sanggup menakluk hati hanya dengan sebuah senyuman, itulah perempuan dan dialah isteri.
Ia tidak memerlukan pertikaian dari seorang lelaki... tetapi ia perlu pada jaminan rasa aman darinya karena ia ada untuk dilindungi.... tidak hanya secara fizikal tetapi juga emosi.
Ia tidak tertarik kepada fakta-fakta yang tepat dan logik yang boleh disampaikan secara terperinci dari seorang lelaki, tetapi apa yang diperlukan adalah perhatiannya... Kata-kata yang lembut... Ungkapan-ungkapan sayang yang dapat memberikannya ketenangan dan rasa selamat disamping seorang lelaki bergelar suami.
Sedangkan batu yang keras dapat dikikis oleh air yang lembut. Begitu juga dengan sifat suami yang keras boleh terlerai oleh kelembutan isteri. Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai, dibandingkan dengan pohon yang besar dan rendang... sama juga di dalam kelembutannya, di situlah terletak kekuatan dan ketahanan yang membuat ia bertahan dalam apa jua situasi.
Kelembutannnya bukan untuk di pijak. Ia ibarat rumput lembut yang akan dinaungi oleh pohon yang kukuh dan rendang. Jika lelaki memikirkan tentang perasaan wanita, itu hanya menjadi sebahagian kecil dari hidupnya.... Tetapi jika perempuan memikirkan tentang perasaan lelaki......Itu akan meguasai seluruh hidupnya...
Kerana perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Kerana perempuan adalah sebahagian dari lelaki... Apa yang menjadi sebahagian dari hidupnya, akan menjadi sebahagian dari hidupmu. Keluarganya akan menjadi keluarga barumu. Keluargamu pun akan menjadi keluarganya juga. Sekalipun ia jauh dari keluarganya, namun ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana ia lahir dan dibesarkan di sana.... karena mereka, ia menjadi seperti sekarang ini.
Petikan | Mahligai Dakwah | Wedding Pearl (12.12.08)
Monday, July 13, 2009
Walimatul Urus
Klik pada image untuk saiz sebenar
Posted by MoFis at 8:14 PM
Labels: Jemputan, Perkahwinan